PERDEBATAN mengenai tindakan memuat naik gambar ibadah korban di media sosial kembali hangat setiap kali sambutan Aidiladha apabila terdapat segelintir pihak meminta umat Islam tidak berkongsi gambar penyembelihan haiwan atas alasan menjaga sensitiviti masyarakat lain. Sebahagian lain pula mempertahankan bahawa ibadah itu merupakan syiar Islam yang tidak seharusnya dipandang negatif atau disembunyikan. Penganalisis melihat polemik itu sebagai gambaran wujudnya kelompok Muslim yang semakin bersikap terlalu apologetik sehingga berasa serba salah untuk menzahirkan syiar agama sendiri di ruang awam termasuk media…














