fbpx
Gambar hiasan.

Ada 24 rekod jenayah, suspek ragut rantai emas RM14,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes ragut rantai emas melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM14,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12 April lalu, kira-kira pukul 8 pagi di sebuah restoran kopitiam di Taman Connaught, Cheras, di sini.

“Semasa mangsa bersama isterinya sedang bersarapan di bahagian luar restoran, seorang suspek lelaki yang menunggang motosikal telah meragut rantai leher emas beserta loket milik mangsa dari arah belakang sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidil berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki Melayu berusia pertengahan 30-an di kawasan sekitar Jalan Klang Lama, di sini.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau iaitu sebanyak 20 rekod jenayah dan empat lagi berkaitan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (rompakan/ragut),” ujarnya.

Beliau berkata, bagaimanapun permohonan reman telah ditolak dan suspek kini dilepaskan atas jaminan polis.

“Kertas siasatan telah lengkap untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN