fbpx
Tangkap layar rakaman video pergaduhan itu.

Lima dicekup tular gaduh di Flat Perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Suasana di Flat Perantau, Pelabuhan Klang di sini, gempar dengan insiden tular pergaduhan antara sekumpulan lelaki kelmarin.

Kejadian itu membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan berusia 18 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 4 petang.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap lima suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

“Reman ke atas semua tangkapan dibenarkan mahkamah selama empat hari sehingga 3 Jun ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil menyalurkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih dua minit memaparkan sekumpulan lelaki termasuk bersenjata bergaduh di kawasan flat berkenaan dengan disaksikan penduduk yang menjerit supaya menghentikannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN