fbpx
Pelakon Amy Nurtinie mendedahkan bentuk wajahnya sering dihina susulan memiliki rahang dikatakan berpetak yang berbeza dengan wanita lain.

‘Mereka cakap muka saya ‘talam’, macam Dora The Explorer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan model Amy Nurtinie mendedahkan bentuk wajahnya sering dihina susulan memiliki rahang dikatakan berpetak yang berbeza dengan wanita lain.

Menurut Amy atau nama penuhnya Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, disebabkan itu, pelbagai gelaran diberikan kepadanya termasuk berwajah bentuk talam (dulang) dan beberapa watak siri animasi.

“Dulu selalu tidak yakin dengan muka rahang petak saya.

“Sejak kecik ada yang cakap muka saya helmet (topi keledar), talam, kartun Dora The Explorer.

“Kemudian selepas wujud kartun Boboiboy, mereka kata saya seperti watak Adudu pula,” katanya dalam platform Threads.

Tidak terhenti di situ, segelintir individu dalam industri hiburan juga menyarankannya melakukan proses mengecilkan rahang.

Meski dilemparkan dengan pelbagai kata-kata negatif, dia tetap positif dan tidak menganggap rahang petak tersebut adalah anugerah Tuhan buat dirinya.

“Bila dah mula berlakon, ada segelintir individu memberitahu wajah saya terlalu lebar dalam kamera, ‘angle’ dalam TV susah dan awak pergilah kecilkan rahang.

“Namun, sekarang saya okey dan hanya mahu menyerlahkan sesuatu yang Allah SWT beri.

“Rahang ini buat saya unik,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN