fbpx
Bangunan bersejarah yang pernah menempatkan Odeon Cinema terbakar dalam kejadian malam ini.

[VIDEO] Bangunan bersejarah Pulau Pinang ‘Odeon Cinema’ terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah bangunan bersejarah yang pernah menempatkan pawagam terkenal Odeon Cinema di Jalan Penang, di sini, terbakar malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, bangunan yang kini menempatkan kelab malam Midnight Black dilaporkan terbakar dengan pasukan bomba sedang berusaha mengawal kebakaran daripada marak.

Punca kejadian bagaimanapun masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bangunan tersebut merupakan antara mercu tanda ikonik di Pulau Pinang yang mempunyai sejarah panjang sejak awal abad ke-20.

Premis berkenaan pada asalnya dikenali sebagai Theatre Royal sebelum ditukar kepada King’s Theatre dan kemudiannya dikenali sebagai Odeon Cinema.

Odeon Cinema menamatkan operasinya pada 31 Julai 2014 sekali gus menutup tirai salah satu pawagam layar tunggal terakhir di Malaysia yang terkenal dengan tayangan filem berbahasa India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN