BRUNEI Darussalam, nama yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia, namun amat sedikit pengetahuan tentang negara ini terutama dalam kalangan pengembara. Brunei merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak dan pernah menjadi kerajaan terkuat di Kepulauan Borneo, malah pengaruhnya dikatakan pernah merentas hingga ke bandar yang kini dikenali sebagai Manila, Filipina. Nama pulau ‘Borneo’ itu sendiri dikatakan berasal daripada nama ‘Brunei’. Kini, semuanya hanyalah tinggal sejarah. Sebagai seorang pengembara dan juga berketurunan Sarawak, soalan yang kerap ditanya kepada saya ialah: “Berbaloi……














