KUALA KANGSAR – Nelayan di sekitar perkampungan di sini tidak menyangka penat lelah menjala di Sungai Perak pada pukul 12 tengah malam membuahkan hasil lumayan apabila berjaya mendaratkan ikan temoleh atau temelian seberat 34.5 kilogram bernilai RM3,450 semalam. Spesies bersaiz besar itu dikatakan agak sukar ditemui kerana sifatnya yang agresif dan payah ditangkap. Mohammad Shahrul Buari, 39, berkata, ia merupakan tangkapan pertama selepas berpuluh tahun dan menjadi bonus buat mereka. “Ia hanya aktif pada waktu sunyi sama ada awal pagi…














