fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta di bengkel berhampiran Masjid An-Naim, Kampung Sungai Sembilang, Kuala Selangor malam tadi.

Tujuh kereta hangus di bengkel dekat masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Tujuh kereta tersadai hangus dalam kebakaran di sebuah bengkel berhampiran Masjid An-Naim, Kampung Sungai Sembilang di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menyebabkan kenderaan terbabit musnah hampir 90 peratus, namun tidak melibatkan sebarang mangsa.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dan BBP Kapar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan tujuh kereta tersadai di sebuah bengkel.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 91 meter dengan dua pancutan air daripada tangki pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN