fbpx
ONN Hafiz (kiri) mempengerusikan Mesyuarat BN Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru hari ini. Foto PEJABAT MENTERI BESAR

Konvensyen BN Johor 14 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor dijangka akan menganjurkan Konvensyen BN Johor pada 14 Jun depan.

Pengerusi BN Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat BN Negeri Johor yang dipengerusikan beliau, hari ini.

Katanya, konvensyen itu sebagai medan memperkukuh tekad, kesatuan dan hala tuju perjuangan parti itu di negeri ini.

“Mesyuarat hari ini berlangsung dalam suasana penuh muafakat, kebersamaan dan semangat perjuangan demi memastikan kestabilan politik serta kemajuan negeri Johor terus diperkukuhkan.

“Hasil mesyuarat, kita bersetuju bahawa Konvensyen BN Johor akan dianjurkan pada 14 Jun depan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Onn Hafiz berkata, mesyuarat kali ini turut mengambil maklum pengumuman Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kini kembali bersama BN.

Sehubungan itu, katanya, BN Johor akan terus memperkukuh kerjasama dengan MyPPP dalam usaha memperkukuh kesepaduan dan gerak kerja parti di negeri Johor.

Menurut Menteri Besar Johor itu, mesyuarat berkenaan juga menjadi platform penting untuk memperhalusi gerak kerja, mengukuhkan kerjasama antara komponen parti serta menyusun langkah yang lebih tersusun dalam memastikan agenda Maju Johor terus dipacu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara menyeluruh.

“Semoga semangat permuafakatan dalam BN akan terus menjadi kekuatan utama dalam membawa suara rakyat, memperkukuh perpaduan serta memastikan setiap perancangan pembangunan dapat diterjemahkan dengan berkesan demi masa depan Bangsa Johor yang lebih gemilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN