TERLETAK di Kuala Kangsar, kampung ini berada betul-betul di tepi Sungai Perak. Nadi kehidupan penduduk kampung ini rata-ratanya mengusahakan kebun sendiri dan menjadi nelayan air tawar. Perjalanan saya dan adik bermula seawal pukul 4 pagi dari Kuala Lumpur. Sekitar pukul 7.30 pagi, kami disambut kabus nipis yang menyelimuti sungai, satu pemandangan yang cukup mendamaikan. Selepas sarapan, kami terus menuju ke jeti, tempat kami bertemu dengan tekong, Syafiq atau lebih dikenali sebagai Syafiq Affandi di Facebook. Anak jati Kuala Kangsar ini……














