fbpx
Gambar Hiasan. IHSAN MEDIA SOSIAL

‘Biasa RM43,700, kalau tempah awal sebelum mati RM35,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kalau tempah awal sebelum mati kosnya sekitar RM35,000, kalau tidak biasanya RM43,700”.

Demikian perkongsian pempengaruh berbangsa Cina terkenal, Low Sok Ying berkenaan kos untuk memguruskan kematian orang Cina.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, pempengaruh itu berkata, kos berkenaan meliputi pakej asas tiga hari dua malam.

“Pakej ini bukan pakej pergi tidur hotel (bercuti), tetapi ia pakej untuk menguruskan mayat tersebut sebab orang Cina dia akan simlpan mayat.

“Pakej pengebumian biasa harganya sekitar RM43,700, tetapi kalau tempah awal sebelum mati dia (pakej) itu adalah diskaun jadi RM35,000.

“Apa yang termasuk dalam pakej ini adalah amik jenazah dari hospital, simpan dan solelkan jenazah, keranda kayu yang cantik, tempahan dewan majlis pengenbumian, bacaan doa oleh sami, kenderaan untuk hantar jenazah ke kubur, urusan surat mati dan bakar jenazah, serta abu bekas mayat,”katanya.

Jelas Sok Ying, pakej tersebut secara keseluruhannya akan menguruskan semua dari awal kematian sehingga selesai pengebumian.

Bagaimanapun katanya, sekiranya keluarga simati memilih untuk menanam jenazah, kosnya akan lebih mshsl kerana perlu memliih tempat yang luas.

“Jika tapak kubur yang newah, kosnya adalah sekitar RM30,000 hingga RM80,000. Itu belum lagi campur kos-kos lain seperti upah tanam dan tutup kubur, makanan, bekas abu, khemah dan makanan untuk tetamu.

“Jadi kalau pilih pakej asas RM43,700, bekas abu cantik RM8,000, makanan untuk tetamu RM15,000. Jadi jumlah keseluruhann RM66,700.

“Kalau pilih tanam jenazah, pakej asas RM43,700 tambah tapak kubur mewah RM50,000, yuran gaji kubur RM4,000 dan hiasan makanan lebih kurang RM15,000. Jumlah keseluruhan RM110,700,”katanya.

Tambah beliau, betapa sukar dan tingginya kos untuk orang Cina meninggal dunia.

“Memang hdup pun susah, mati pun susah,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai hantaran telah ditinggalkan pengguna berkenaan isu tersebut dah ada yang mendakwa ramai golongan tersebut memilih nemeluk Islam dihujung usia mereka kerana kos mati adalah rendah dan ada sesetengah tempah ia adalah percuma.

“Patut sekarang ramai pakcik makcik (orang Cina) berlumba-lumba masuk Islam. Mungkin sebab tak nak menyusahkan anak-anak

“Selain hidayah dah sampai yang buat mereka terbuka terima Islam. Islam tu memudahkan tidak menyusahkan,”tulis Nur Najihah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN