fbpx
HAMILTON meraikan podium tempat kedua pada GP Kanada selepas berjaya memintas Max Verstappen dalam pertarungan sengit, sekali gus menghadiahkan keputusan terbaiknya bersama Ferrari musim ini. -AFP

F1: Podium di Kanada hidupkan semula semangat Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MONTREAL – Lewis Hamilton mengakui dia kembali merasai keseronokan sebenar Formula Satu (F1) apabila berjaya ‘menjinakkan’ Max Verstappen dalam pertarungan sengit Grand Prix (GP) Kanada sekali gus menghadiahkan keputusan terbaiknya bersama Ferrari setakat musim ini.

Juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas mempamerkan aksi agresif memburu Verstappen pada penghujung saingan sebelum berjaya memintas pelumba Red Bull tersebut berbaki enam pusingan.

Hamilton yang sebelum ini bergelut menyesuaikan diri bersama Ferrari menyifatkan pertarungan menentang Verstappen mengingatkannya semula kepada karakter sebenar dirinya ketika kecil yang gemar memburu pihak lawan dalam perlumbaan go-kart

“Ia sangat menakjubkan. Memang seronok dapat berlumba dengan salah seorang pelumba terbaik dunia.

“Saya memang sukakan situasi memburu seperti itu. Sejak kecil lagi, ketika memandu go-kart lama, saya sentiasa berada dalam posisi mengejar,” katanya.

Terdahulu, Hamilton ketinggalan hampir tujuh saat di belakang pelumba Belanda itu, namun berjaya merapatkan jurang dengan Verstappen sebelum memberikan tekanan berterusan di penghujung perlumbaan.

Menurut Hamilton, pertarungan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana kedua-dua jentera memiliki kekuatan berbeza sepanjang saingan berlangsung.

“Max juga sangat pantas pada awal perlumbaan, tetapi apabila menggunakan tayar medium, saya mula dapat mengejarnya semula,” ujarnya.

Keputusan di Montreal itu menyaksikan Hamilton meraih podium terbaik bersama Ferrari selepas sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga pada GP China sebelum ini, manakala Verstappen pula meraih podium pertamanya musim ini bersama Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN