fbpx
CIK B merestui sekiranya ibunya, Datuk Seri Vida dipertemukan jodoh dengan Fazley. Foto SADDAM YUSOF

‘Mak saya ‘Chinese look’, ada ciri-ciri digambarkan Fazley’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

 

SHAH ALAM – “Datuk Fazley, tolonglah. Saya okey saja Datuk kahwin dengan mama saya.”

Demikian luahan spontan penyanyi dan pempengaruh Cik B yang merestui sekiranya ibunya, Datuk Seri Vida mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob.

Malah, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, yakin Fazley mampu menjadi bapa yang terbaik buat dirinya.

“Bayangkan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam tentu sedap sebab dia kan cef nombor satu Malaysia. Lagi satu dida (panggilan Fazley) pun kacak.

“Anak-anak dida pula baik. Jadi saya rasa kalau dida jadi ayah saya, it’s a perfect match (pasangan yang sangat sepadan),” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dedahnya lagi, dia menghidu bibit-bibit kemesraan antara dua personaliti tersebut selepas menangkap gelagat ibunya tersenyum sendirian ketika menonton video usikan yang dimuat naik olehnya dalam media sosial.

“Saya tak ada cakap dekat mama tapi ada satu rahsia.

“Masa saya tengah tidur, saya nampak mama tengok video yang saya kongsi dalam Instagram itu sambil senyum-senyum,” dedahnya.

Mengulas mengenai kriteria wanita idaman Fazley sebelum ini, Cik B secara berseloroh mengaitkan ciri-ciri tersebut dengan usahawan kosmetik terkenal itu yang disifatkan memiliki persamaan ketara.

“Mama saya ada Chinese look (iras Cina), boleh cakap Cina. Selepas itu pembersih, sangat teratur.

“Jadi ciri-ciri tu memang ada dekat mama saya. Sejujurnya saya rasa dida memang gambarkan mak saya,” ujarnya lagi.

Pelantun lagu Tolonglah itu sempat berkongsi cerita mengenai kehadiran Fazley yang sanggup merentas jarak demi menemui ibunya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

“Saya tengok Dida datang Ipoh jumpa mak saya. Jauh-jauh dari KL datang Ipoh, jadi saya rasa mesti ada sesuatu yang sedang berlaku.

“Tapi saya tak buka mesej mak saya dengan Dida,” katanya sambil ketawa.

Sebelum ini, Cik B berkongsi sebuah video yang memperlihatkan dia mengajukan soalan secara terbuka kepada Fazley mengenai pencarian teman hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN