fbpx
Operasi SAR Nur Izzati memasuki hari keempat.

‘Tak sedia nak cerita apa berlaku sepanjang pencarian Nur Izzati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kami sekeluarga tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa kejadian yang berlaku sepanjang tempoh pencarian,”

Demikian kata kakak kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang masih hilang selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Jumaat lalu.

Kakaknya menerusi akaun @Itshnaa_ di Thread juga memaklumkan misi pencarian hari ini masih berlangsung dan diteruskan meskipun sudah memasuki hari keempat.

Terdahulu tular beberapa hantaran di media sosial mendakwa Nur Izzati telah ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukil 7 malam tadi namun ‘ditarik’ dan ‘hilang’ semula dalam sekelip mata.

Bagaimanapun kakaknya meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu selagi belum ada kepastian daripada ahli keluarga yang lain.

“Selagi tiada kepastian daripada saya atau ahli keluarga yang lain, saya mohon jangan menyebarkan berita yang tidak sahih, saya mohon untuk semua doakan kesejahteraan adik saya. Kerjasama anda amat dihargai.

“Saya yang berada disini, di tempat kejadian. Jadi saya mohon agar semua bersabar insyaallah doakan Izzati. saya minta jangan sebarkan dahulu berita yang tidak sahih. Jadi pastikan sebar berita yang sahih,” ujarnya.

Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, radius kawasan pencarian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN