fbpx
Tangkap layar pasukan SAR melaksanakan pencarian mangsa di sekitar kawasan Bukit Changkat Asa.

[VIDEO] Nur Izzati hilang: ‘Ada sesuatu gelak dekat pasukan SAR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana pencarian seorang remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak sejak Sabtu lalu, mengundang tanda tanya susulan kedengaran bunyi ‘aneh’ di lokasi kejadian.

Perkara itu dikesan menerusi video dimuat naik di Threads Shera yang memaparkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang melaksanakan pencarian mangsa di sekitar kawasan bukit terbabit.

Dalam video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan anggota SAR sedang memanggil nama mangsa di kawasan semak ketika operasi dijalankan.

Bagaimanapun, beberapa saat kemudian kedengaran bunyi ketawa seolah-olah seperti mentertawakan terhadap pasukan SAR.

“Ya Allah meremang bulu roma dengar benda tu gelak. Jelas! Ya Allah kembalikan Nur Izzati Humaira ke pangkuan keluarganya dengan selamat. Jom kita sama-sama doakan,” katanya.

Sementara itu, Kosmo! sebelum ini melaporkan radius kawasan pencarian diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi dalam usaha mempergiatkan operasi SAR hari ini.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, operasi pencarian dilakukan menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menurutnya, operasi turut dibantu tiga anjing pengesan iaitu dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penggunaan dron oleh Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor.

“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui dan pasukan SAR hanya bergantung kepada maklumat keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, Nur Izzati dipercayai sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN