fbpx
PERGADUHAN dua ekor gajah telah menyebabkan seorang wanita maut. - The Sun UK

Wanita lunyai dipijak 2 gajah bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Kegembiraan bercuti di sebuah kem pemuliharaan gajah bertukar tragedi apabila seorang wanita maut akibat dipijak selepas terperangkap dalam pergaduhan sengit melibatkan dua haiwan gergasi itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam kejadian di Kem Gajah Dubare di Coorg, mangsa yang dikenali sebagai Tulasi, 33, tersepit di bawah kaki gajah yang sedang bergaduh.

Ibu kepada seorang anak itu tenggelam di bawah amukan haiwan-haiwan berkenaan ketika gembala gajah sedaya upaya cuba untuk menyelamatkannya.  

Suami wanita berkenaan sempat melarikan diri pada saat akhir sambil memeluk bayi perempuan mereka, namun tidak dapat membantu isterinya.

Keluarga tersebut datang dari Chennai untuk bercuti selama dua hari dan Tulasi sedang menyaksikan kawanan gajah dimandikan di kem tersebut.

Dia berdiri berhampiran kawasan tersebut apabila salah seekor gajah meluru menyerang tanpa sebarang amaran dan gajah yang lebih lemah rebah ke tanah dan mangsa terperangkap di bawahnya.

Ketika penjaga gajah berjaya mengawal keadaan, wanita tersebut telah pun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN