fbpx
PRESIDEN PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan kesal dengan tindakan pasukan Thailand yang tidak meneruskan perlawanan aksi final acara regu berpasukan.

PSM tuntut Istaf ambil tindakan keras terhadap Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang disifatkan mencemarkan imej sukan itu di pentas antarabangsa.

Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan menegaskan tindakan pasukan Thailand yang enggan meneruskan permainan pada aksi final regu ketiga set kedua selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil adalah sesuatu yang tidak profesional serta bertentangan dengan semangat kesukanan.

Menurutnya, PSM sudah mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden tersebut.

“Keputusan pengadil adalah muktamad. Kalau ada bantahan, boleh dibuat secara rasmi mengikut saluran yang betul, tetapi tindakan tidak meneruskan permainan itu pada saya memang tidak wajar,” katanya.

Sumali berkata, dalam mana-mana kejohanan besar, setiap pasukan perlu menghormati keputusan pengadil dan mengelakkan tindakan melulu yang boleh menjejaskan reputasi kejohanan bertaraf dunia.

“Dalam mana-mana kejohanan besar, tindakan tidak meneruskan perlawanan kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil adalah tindakan ekstrem yang tidak betul.

“Dia boleh membantah dan sebagainya tapi janganlah sampai tindakan yang maksimum sehingga tidak meneruskan perlawanan. Itu adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak profesional bagi saya,” ujarnya.

Mengulas dakwaan Thailand bahawa keputusan pengadil lebih memihak kepada Malaysia, Sumali menegaskan tuduhan sedemikian perlu disertakan bukti kukuh dan disalurkan menerusi prosedur rasmi, bukannya dibuat secara terbuka tanpa asas jelas.

“Kalau ada dakwaan, buat secara bertulis dan nyatakan fakta. Pengadil membuat keputusan berdasarkan apa yang dia nampak secara profesional, bukannya kerana mahu memihak kepada mana-mana pasukan.

“Kalau betul pengadil memihak kepada Malaysia, kita sudah menang lebih awal. Dalam apa juga kejohanan, kita kena hormat keputusan pengadil dan tidak mengambil tindakan ekstrem sampai enggan meneruskan perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN