TOKYO – Bekas pengerusi Seven & i Holdings, Toshifumi Suzuki yang dikenali kerana kejayaan kedai serbaneka 7-Eleven, meninggal dunia pada usia 93 tahun, kata syarikat berkenaan hari ini.
Suzuki menghembuskan nafas terakhir kerana kegagalan jantung pada 18 Mei lalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan sambil menambah: “Kami ini menyuarakan setinggi terima kasih kerana kebaikan yang ditunjukkan kepada mendiang sepanjang hidup beliau dan memaklumkan kepada anda mengenai pemergiannya.”
Suzuki dikenali kerana membuka kedai 7-Eleven pertama di Jepun dalam tahun 1974 dan mengembangkan perniagaannya menjadi rangkaian kedai serbaneka terbesar dunia.
Mendiang dikenali sebagai ‘bapa kedai serbaneka’ di Jepun. – AFP














