fbpx
Klip video penganjuran acara hiburan yang dikompaun MBKT di Kuala Terengganu hari ini.

Konsert pesta makanan ‘terover’, MBKT kompaun penganjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penganjur sebuah acara hiburan sempena pesta makanan di bandar raya ini dikompaun Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setelah didapati melanggar syarat ditetapkan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, penganjur acara hiburan tersebut dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

“Subseksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Siasatan mendapati terbukti berlaku pelanggaran syarat lesen hiburan ditetapkan oleh pihak penganjur,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular klip video memaparkan persembahan nyanyian sempena pesta makanan yang didakwa berlebihan melibatkan percampuran pengunjung lelaki dan wanita sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Lizan menegaskan, MBKT tidak memandang ringan isu berkaitan pematuhan syarat penganjuran program hiburan yang boleh menjejaskan sensitiviti dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, begitupun ia tidak bermaksud program yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat serta ekonomi tempatan dihalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN