PETALING JAYA – Musim cuti persekolahan selama dua minggu bermula 23 Mei lalu, ditambah dengan kehangatan sambutan Aidiladha yang disambut pada Rabu ini, mendorong warga kota mula pulang ke kampung masing-masing. Cuti berganda yang merangkumi Hari Wesak serta Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh sama juga menyebabkan aliran trafik di seluruh rangkaian lebuh raya meningkat sejak kelmarin. Sebahagian daripada 3.3 juta kenderaan telah mula menggunakan rangkaian lebuh raya utama di seluruh negara secara berperingkat terutama menuju…














