fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Mohamad di laman Facebook.

Ternak ayam, tanam cili bantu jimat belanja dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktiviti pertanian dan penternakan kecil-kecilan di rumah mampu membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup selain menikmati makanan lebih segar setiap hari.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, apabila terdapat sedikit ternakan dan tanaman di sekitar rumah, orang ramai boleh terus menuai hasil mengikut keperluan harian.

“Bila ada sedikit ternakan dan sayur-sayuran di sekeliling rumah, bila nak masak kita boleh terus tuai ikut keperluan.

“Tak perlu banyak, asalkan ada usaha dan kesungguhan. Dapat jimat belanja dapur, makanan pun lebih segar dan kita makan hasil daripada tangan sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, rakyat tidak perlu menunggu memiliki tanah luas atau modal besar untuk memulakan aktiviti tersebut.

Katanya, tanaman seperti cili, serai, kunyit dan daun pandan selain memelihara beberapa ekor ikan atau ayam sudah memadai untuk memberi manfaat kepada keluarga.

“Tak perlu tunggu ada tanah luas atau modal besar. Mulakan dengan apa yang ada dan ikut kemampuan.

“Pokok cili, serai, kunyit, daun pandan atau beberapa ekor ikan dan ayam pun sudah cukup bagi manfaat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, budaya rajin berusaha perlu terus dipupuk dalam masyarakat kerana ia mampu membantu meningkatkan kelangsungan hidup rakyat.

“Yang penting budaya berusaha dan rajin itu terus hidup dalam masyarakat kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN