fbpx
PENGURUS Thailand membantah keputusan pengadil ketika pertemuan diantara Malaysia dan Thailand pada perlawanan akhir regu berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa. SHIDDIEQIIN ZON

Thailand bertegas tindakan protes di final Piala Dunia adalah tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD sepak takraw Thailand tidak pernah menyesal dengan tindakan keputusan menghentikan dan tidak meneruskan perlawanan aksi final acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa kelmarin.

Pengurus Thailand, Auychai Srisuwan berkata, keputusan itu dibuat selepas mencapai kata sepakat dengan Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) dan ia lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap keputusan dibuat oleh pengadil perlawanan.

“Sebenarnya kami tidak ada masalah dengan Malaysia, kami amat menghormati peminat dan pemain. Tetapi kami amat sedih tentang pengadil sahaja, setiap set, pengadil akan menyokong Malaysia, jadi saya rasa ia keterlaluan. Sebab itu kami tamatkan (berhenti bermain),” katanya sejurus tamat perlawanan.

Kontroversi yang berlaku pada set kedua regu ketiga mewarnai kejayaan Malaysia bergelar juara dunia dimana skuad negara dinobatkan sebagai juara acara regu berpasukan dengan keputusan 2-1 sekali gus membolehkan skuad negara berjaya lunas dendam kekecewaan pada final edisi 2024.

PASUKAN sepak takraw Thailand mempertahankan tindakan mereka tidak meneruskan perlawanan final acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026.

Dalam insiden itu, Thailand yang sedang mendahului 14-13 di set kedua regu ketiga bertindak memprotes keputusan pengadil dari Singapura, Radhi Che Mei hingga menyaksikan perlawanan tertangguh kira-kira setengah jam sebelum musuh tradisi itu ambil keputusan tidak meneruskan permainan.

Biarpun, pengadil perlawanan, Radhi menutut perlawanan diteruskan, namun pasukan Thailand berkeras enggan kembali ke gelanggang dan kemenangan secara automatik menjadi milik Malaysia sekali gus dinobatkan sebagai juara Piala Dunia edisi 2026.

Mengulas mengenai risiko dikenakan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Srisuwan menjelaskan pihaknya tidak bimbang dan bertegas pasukannya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Sebenarnya kami tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kami masih dalam permainan dan kami juga tidak keluar. Kami masih berada di dalam gelanggang dan menyertai upacara penyampaian pingat.

“Saya rasa ini tidak ada masalah. Keputusan ini bukan sahaja daripada pengurus kami tetapi Presiden Persatuan Thailand dan semua orang tidak ada masalah dengan perkara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN