fbpx
OPERASI pencarian Nur Izzati masih diteruskan selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Nur Izzati gagal dikesan ketika turun Bukit Changkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa di sini pada pukul 1.26 petang tadi selepas terpisah dengan rakan serta keluarganya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba melaksanakan konsep LAST dengan memulakan pencarian di kawasan Bukit Changkat Asa pada radius ketinggian 234 meter.

“Operasi ditangguhkan dan diserahkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut kerana lokasi kejadian terletak di bawah seliaan mereka. Pasukan bomba Tanjung Malim akan ke lokasi sekiranya diperlukan. Seramai 13 anggota bomba, 14 bomba sukarela, tiga polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam serta 12 malim gunung Perak digerakkan untuk operasi ini,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan hujan lebat dan keadaan gelap sekarang agak menyukarkan kerja-kerja pencarian dan menyelamat. Kali terakhir mangsa memakai baju muslimah berwarna hijau, seluar hitam dan tudung coklat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN