fbpx
GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergambar bersama peminat selepas layak ke final Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026. - MUHMAD IQBAL ROSLI

Sze Fei-Nur Izzuddin sahkan slot final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasangan professional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus menyinar apabila menyingkirkan naib juara edisi lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Hadir sebagai pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Wooi Yik masih mampu memberikan tentangan namun Sze Fei-Nur Izzuddin terus menyerlahkan kualiti lebih baik untuk mengesahkan kemenangan 21-18, 21-12.

Pada awalnya, perlawanan kali ini dijangka sengit namun ia hanya dapat dilihat pada set pertama manakala set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik sering dihimpit kesilapan sendiri hingga menghadiahkan mata mudah buat Sze Fei-Nur Izzuddin.

Kemenangan ini juga adalah kejayaan kedua berturut-turut Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas Aaron-Wooi Yik selepas Kejohanan Badminton Asia 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin kini hanya selangkah untuk mengesahkan kejuaraan kedua musim ini selepas bergelar juara Masters Indonesia, Januari lalu.

“Saya rasa hari ini kami menang bukan bermakna kami lebih bagus, tetapi saya rasa mereka mungkin terlalu tertekan dan tidak berada pada tahap terbaik,” kata Sze Fei.

“Siapa pun lawan kami, yang penting kami harap kejayaan kali ini menjadi milik Malaysia,” kata Izzuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN