LONDON – Perpisahan Manchester City dan pengurus pasukan, Pep Guardiola akan jadi lebih sempurna sekiranya mampu memastikan kemenangan ke atas Aston Villa di Stadium Etihad, malam ini.
Walaupun sudah mengakui sudah merasa lega dengan perjalanan kariernya di England, hati Guardiola akan lebih tenang khususnya dipalit kegagalan menyekat Arsenal daripada menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
“Saya gembira untuk melaksanakan tugas saya di Barcelona, Bayern Munich dan juga di sini. Saya lakukan dan berikan segala-galanya yang saya ada.
“Akan akan pergi dengan damai dan jiwa saya pasti tenang kerana sudah berikan segala-galanya kepada kelab. Saya kenal diri saya, namun saya kini sudah hilang tenaga,” katanya.
Era kegemilangan Guardiola bersama Manchester City menemui noktah apabila pengurus itu dilaporkan menggunakan klausa khas dalam kontraknya yang sepatutnya berakhir pada Jun 2027.
Pengurus dari Sepanyol itu memenangi 20 kejuaraan bersama The Citizens sepanjang 10 tahun perkhidmatannya sebagai pengurus pasukan, termasuk muncul pengurus tunggal yang menang liga empat kali berturut-turut.
Guardiola mengetuai pasukan dalam 592 perlawanan, menang 416 kali atau bersamaan 70.3 peratus, kini sudah merekodkan 1,422 gol dan kenangan manis pastinya membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara pada 2023. -AGENSI














