fbpx
PENYANYI yang kini bergelar guru, Tasha Manshahar kecewa apabila sebuah video yang turut memaparkan dirinya mencetuskan kekeliruan sehingga menerima komen-komen tidak baik dan menjatuhkan emosinya.

Tiada masalah rakam, tapi konten mengelirukan, timbulkan fitnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjaga profesionalisme perguruan dan privasi, penyanyi Tasha Manshahar terkilan apabila sekolah tempatnya mengajar didedahkan seorang pegawai kerajaan menerusi media sosial.

Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 34, berkata, kandungan dimuat naik bukan bertujuan pendidikan, sebaliknya berunsur lawak yang boleh mencetuskan salah faham.

“Baru-baru ini ada video seorang pegawai tular dalam Threads dan TikTok. Video beliau kebanyakannya vlog membuat pemantauan di sekolah di Melaka dan beliau datang ke sekolah saya baru-baru ini.

“Pada hari tersebut beliau masuk ke bilik guru perempuan yang tidak dimasuki pun guru lelaki sekolah kami untuk berjumpa dengan saya dan meminta rakam ‘video 5 saat’.

“Namun setelah selesai, beliau berlalu pergi tanpa menyatakan tujuan video tersebut dirakamkan. Tiada pun terima kasih. Rupa-rupanya dia nak masukkan video tersebut sebagai footage dalam konten beliau,” katanya menerusi Threads.

Menurut Tasha, kandungan tidak beretika dikongsikan individu terbabit boleh mengundang salah faham terhadapnya yang selama ini menjaga integriti terhadap profesyen perguruan serta sebagai wanita.

“Tak jadi masalah tapi saya kesal kerana konten dan balasan dalam ruangan komen tentang saya agak mengelirukan dan boleh menimbulkan fitnah kepada saya yang sentiasa berusaha menjaga imej sebagai wanita dan guru,” ujarnya.

Bersandarkan semakan, difahamkan video dimaksudkan Tasha diturunkan individu terbabit namun sudah diulang siar pemilik akaun lain.

Tasha yang pernah memgajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur merupakan lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur dan kini berkhidmat di sebuah sekolah di Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN