fbpx
MAGUIRE menjadi salah seorang pemain yang berprofil tinggi digugurkan daripada skuad England ke Piala Dunia kali ini. - AFP

Maguire terkejut nama digugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pertahanan Manchester United, Harry Maguire mengakui seperti tidak percaya selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2026 walaupun beraksi dengan konsisten pada musim ini.

Maguire sangat kecewa dengan keputusan pengendali Three Lions, Thomas Tuchel kerana percaya dirinya masih mampu memainkan peranan besar buat pasukan berdasarkan prestasi dipamerkan bersama The Red Devils sejak awal tahun ini.

“Saya yakin mampu memainkan peranan penting untuk negara pada kempen Piala Dunia nanti berdasarkan musim yang saya lalui.

“Justeru, saya sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan itu. Mewakili England adalah penghormatan terbesar dan saya sentiasa berikan yang terbaik setiap kali menyarung jersi kebangsaan.

“Kini, saya hanya mampu doakan kejayaan semua pemain yang terpilih untuk mewakili negara nanti,” kata Maguire yang sudah mengumpul 66 kaps kebangsaan.

Meskipun senarai rasmi 26 pemain belum dikeluarkan, Tuchel telah menghubungi semua pemain secara peribadi untuk memaklumkan keputusannya.

Selain Maguire, beberapa lagi nama besar yang dijangka disisihkan adalah Phil Foden yang mewakili kelab Manchester City, Adam Wharton (Crystal Palace), Cole Palmer dan Levi Colwill (Chelsea), serta Fikayo Tomori (AC Milan). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN