fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik meneruskan misi untuk memburu gelaran sulung musim ini pada Malaysia Masters. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Aaron-Wooi Yik ketuai beregu ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan banyak masalah ketika meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, bekas juara dunia itu mudah membenam beregu Perancis, Julien Maio-William Villeger 21-12, 21-10.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus kekalahan mereka kepada pasangan tersebut di pusingan kedua Terbuka Jerman Februari lalu.

“Kami turun hari ini memang tidak tengok sangat rekod pertemuan kerana kita ada penyokong sendiri di stadium. Itu membuatkan kami dapat bermain dengan lebih selesa.

“Memang kami buat persiapan berdasarkan pertemuan terdahulu,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Turut meneruskan kemaraan ke suku akhir esok adalah pilihan kelima kejohanan, Arif Junaidi-Yap Roy King yang menewaskan rakan sepasukan, Aaron Tai-Kang Khai Xing 21-12, 22-20.

Gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga melayakkan diri ke pusingan lapan terbaik itu selepas membenam rakan senegara, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi 21-14, 21-12.

Bagaimanapun, langkah Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tersekat di pusingan kedua apabila tewas 14-21, 18-21 kepada beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith.

Menjelang suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi manakala Arif-Roy King bertemu Zhi Yi-Smith sementara Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN