fbpx
PASUKAN bomba menjalankan operasi pemadaman bas ekspres yang terbakar selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 195.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

Bas bawa 17 penumpang termasuk kanak-kanak terbakar di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sebuah bas ekspres yang membawa 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 195.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, kesemua penumpang bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum kenderaan tersebut terbakar hampir 70 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.04 petang dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan bas ekspres dipercayai berpunca akibat kemalangan. Anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus.

“Kesemua mangsa terdiri daripada 16 individu dewasa dan seorang kanak-kanak dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Sehingga pukul 3.50 petang, pihak bomba masih melakukan operasi termasuk menggunakan dua hos serentak daripada jentera bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN