fbpx
ARRIZABALAGA tidak memenuhi syarat untuk mendapat pingat kejuaraan apabila tidak membuat sebarang penampilan pada aksi EPL musim ini. - AFP

EPL: Arrizabalaga resah ketika rakan gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga perlu menunggu untuk mengetahui sama ada dia akan turut mendapat pingat sebagai pemenang Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini atau sebaliknya.

Penantian 22 tahun The Gunners untuk bergelar juara liga berakhir kelmarin apabila mereka dinobatkan sebagai juara dengan berbaki satu perlawanan selepas Manchester City terikat 1-1 menentang Bournemouth.

The Gunners akan menerima trofi sebenar selepas perlawanan terakhir musim ini di tempat lawan menentang Crystal Palace pada Ahad ini.

Selain trofi, pengurus, staf kejurulatihan dan para pemain akan diberikan pingat kejuaraan, namun berdasarkan syarat, pemain yang telah membuat sekurang-kurangnya lima penampilan musim ini, namun Arrizabalaga tidak memenuhi kriteria berkenaan.

Bekas penjaga gol Chelsea itu menyertai Arsenal musim panas lalu untuk memberikan cabaran kepada David Raya dengan beraksi dalam semua perlawanan Piala FA dan Piala Liga Inggeris sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, Arrizabalaga sekadar memanaskan bangku simpanan apabila tidak membuat sebarang penampilan dalam saingan EPL menyebabkan nasibnya untuk mendapatkan pingat kejuaraan masih samar.

Berdasarkan Buku Panduan Liga Perdana, sebanyak 40 pingat akan diberikan kepada pihak kelab dan mereka akan mengagihkannya kepada pengurus, pegawai, staf dan pemain yang difikirkan sesuai dan memenuhi syarat.

Arsenal ketika ini mempunyai 24 pemain yang telah bermain lebih daripada lima kali untuk kelab musim ini dan mempunyai baki 16 lagi pingat untuk diagihkan dan berharap mendapat persetujuan daripada Liga Perdana untuk memberikannya kepada Arrizabalaga.

Christian Norgaard yang berhijrah dari Brentford dan Ethan Nwaneri yang menyertai Marseille secara pinjaman layak untuk menerima pingat selepas membuat enam penampilan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN