fbpx
Tangkap layar rakaman video tular pergaduhan itu.

Ejek-mengejek punca gaduh luar pagar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perselisihan faham dan mengejek dipercayai punca pergaduhan antara dua kumpulan remaja termasuk pelajar di kawasan berdekatan sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kelmarin.

Kejadian tular kira-kira pukul 6.50 petang itu membawa kepada penahanan lapan lelaki tempatan berusia 14 hingga 24 tahun yang sebahagiannya berstatus pelajar sekolah bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden gaduh itu, kira-kira pukul 1 pagi semalam.

“Motif pergaduhan dipercayai perselisihan faham dan ejek mengejek di antara dua kumpulan remaja berkenaan. Insiden itu tidak melibatkan sebarang unsur kongsi gelap atau kumpulan gengsterisme,” katanya, pagi ini.

Tambah Jit Huey, pihaknya akan memohon reman ke atas semua remaja itu di Mahkamah Majistret Klang bagi siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular sebuah rakaman video berdurasi 26 saat memaparkan beberapa individu menumbuk dan menendang antara satu sama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN