fbpx
Dudung berucap pada sidang akhbar di Jakarta, Indonesia kelmarin. - ANTARA

Indonesia pantau keadaan 5 rakyatnya ditahan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia memantau keadaan sembilan rakyatnya termasuk lima orang yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), lapor agensi berita ANTARA. 

Ketua Staf Presiden, Dudung Abdurachman berkata, selain berusaha membebaskan rakyat Indonesia, kerajaan akan terus memantau empat lagi individu yang masih berada di atas kapal berasingan di timur Laut Mediterranean. 

“Situasi di lapangan kekal sangat dinamik dan empat warga Indonesia yang masih berada di atas kapal berada dalam keadaan terdedah,” kata Dudung di Jakarta kelmarin. 

Menurutnya, Kementerian Luar bekerjasama dengan kedutaan Indonesia di Turkiye, Mesir, Itali dan Jordan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengeluarkan pasport kecemasan sekiranya dokumen asal mereka dirampas oleh Tel Aviv.

“Beberapa Kedutaan Indonesia sedang berhubung dengan Jakarta bagi memastikan akses transit dan proses penghantaran pulang warga Indonesia dapat diteruskan tanpa sebarang halangan imigresen,” tambahnya.

Dudung memberi jaminan Kedutaan Indonesia kekal bersedia untuk bertindak segera terhadap perkembangan semasa dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini, tentera Israel dilaporkan memintas sekurang-kurangnya 40 daripada 54 kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla setakat kelmarin.

Kementerian Luar Negeri Indonesia mengesahkan lima warga Indonesia, termasuk wartawan dan aktivis ditahan selepas tentera Israel memintas kapal-kapal mereka kelmarin. 

Empat lagi warga Indonesia yang menaiki dua kapal berasingan meneruskan perjalanan mereka di perairan berhampiran Cyprus, demikian menurut kementerian tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN