fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita hamil itu duduk di dalam kenderaan polis. - TikTok 

Wanita hamil mengidam ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mengidam ditangkap oleh pegawai polis, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @masbobbbiii menunjukkan wanita terbabit sedang duduk di dalam kenderaan berwarna hitam dan bertulis ‘Polis Pramong Praja’. 

Meskipun cuaca panas, dia kelihatan gembira dan memberikan senyuman tanpa henti. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ibu saya mengidam sate padan tetapi mesti disuap oleh peniaga sate itu,” kata seorang netizen. 

“Saya pernah mengidam benda pelik! Makan di rumah jiran selama dua bulan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN