fbpx
Azalina.

Harap pembangkang sokong had tempoh Perdana Menteri 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berharap Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dapat diterima baik pembangkang.

Beliau berkata, cadangan tersebut bukan bertujuan menambah kuasa Perdana Menteri, sebaliknya untuk menghadkan kuasa jawatan tertinggi negara itu demi memastikan tadbir urus yang lebih baik dan stabil.

“Saya harap dalam perkara ini pembangkang dapat melihat bahawa ini bukan untuk melebihkan kuasa.

“Ini adalah untuk menghadkan kuasa. Pada saya, ini sesuatu yang baik untuk negara dan baik untuk rakyat,” katanya selepas berucap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2025 dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 di sini, hari ini.

Menurut Azalina, cadangan berkenaan telah dibincangkan di peringkat Kabinet beberapa bulan lalu dan akan dibentangkan semula bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meluluskan pindaan Perlembagaan.

“Pada sesi Jun ini, kita akan membentangkan semula tempoh perkhidmatan Perdana Menteri 10 tahun. Kita akan bawa semula untuk mendapatkan sokongan 2/3 kerana ia adalah pindaan Perlembagaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap satu lagi pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat diluluskan pada sidang yang sama.

“Saya harap pada sesi Jun akan datang, dua pindaan Perlembagaan dapat diluluskan iaitu mengenai tempoh perkhidmatan Perdana Menteri selama 10 tahun dan pemisahan Peguam Negara serta Pendakwa Raya,” katanya.

Tambah beliau, beberapa parti dalam Kerajaan Madani telah memasukkan cadangan had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri itu dalam manifesto masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN