fbpx
Sani Araby pada sidang akhbar perkembangan terkini GSF 2.0 SNCC, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Tiada gangguan, sembilan jam lagi empat rakyat Malaysia sampai Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Empat rakyat Malaysia yang masih meneruskan misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 ke Gaza dijangka tiba di pantai Gaza dalam tempoh sembilan jam lagi sekiranya tiada gangguan daripada Israel.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan sistem penjejakan semasa, kapal flotila itu dijangka menghampiri perairan Gaza pada awal pagi nanti.

Katanya, 10 kapal itu kini bergerak dengan kelajuan sekitar 15 kilometer sejam atau lapan knot.

Menurutnya, tempoh itu merupakan pecutan terakhir buat peserta flotila untuk terus mara ke hadapan meskipun berdepan risiko dipintas atau ditahan tentera laut rejim Israel (IOF).

“Kita jangkakan, lagi sembilan jam ini sangat mendebarkan, ini adalah pecutan akhir bagi anak muda Malaysia yang patut kita banggakan.

“Mereka tidak berpatah hati, tidak lari dan terus bergerak ke hadapan. Sama ada mereka diculik selepas ini, sebenarnya mereka sudah menang,” katanya menerusi sidang akhbar di SNCC di sini hari ini.

Sani Araby turut mengesahkan empat rakyat Malaysia masih selamat dan meneruskan pelayaran ke Gaza yang terdiri daripada Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan pembantu perubatan dikenali sebagai Chin di atas kapal Alcyone selain Syed Amirul (kapal Don Juan) serta Noor Thanisah di atas kapal Zefiro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN