fbpx
Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong, Kota Bharu. - GAMBAR HIASAN

Penganggur didakwa ‘noda’ remaja lembam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam yang berusia 14 tahun pada tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Muhamad Ali Abdul Razab, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 14 tahun enam bulan di Manek Urai Lama dekat Kuala Krai kira-kira pukul 5.30 petang pada Januari 2025.

Pertuduhan terhadap Abdul Muhamad Ali dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.

Terdahulu Azura memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana anak guamnya juga merupakan OKU lembam.

Nur Kamilah mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa yang merupakan OKU lembam dan saksi pendakwaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN