KOTA KINABALU – Bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, didapati bersalah atas kesemua 12 pertuduhan yang dihadapinya dalam kes pengubahan wang haram berjumlah lebih RM45 juta, 10 tahun lalu.
Isterinya, Fauziah Piut, 61, serta bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, masing-masing dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapi.
Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu ke atas Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Sementara itu, mahkamah melepaskan Ag Mohd Tahir dan isterinya atas dua pertuduhan bersama berkaitan pengubahan wang haram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016 dan 13 Oktober hingga 8 November 2016 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.
Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding bagi mendengar rayuan mitigasi Ag Tahir sebelum hukuman dijatuhkan.
Terdahulu, kes berkenaan merupakan kes rasuah terbesar Sabah sekali gus menarik perhatian kerana sudah berlangsung selama hampir sedekad.
Kes terbabit menjadi tajuk utama pada 2016 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan antara rampasan terbesar pernah direkodkan di Sabah membabitkan barangan berharga dan wang tunai berpuluh juta ringgit.
Imej timbunan wang tunai dalam bilik dan bertaburan atas lantai yang tersebar meluas di media tempatan ketika itu menjadikan siasatan berkenaan antara skandal rasuah paling mendapat perhatian di negara ini. – KOSMO! ONLINE
Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah didapati bersalah kes pengubahan wang haram
- Oleh IVAN AMIRUL
- 19 Mei 2026, 3:18 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dipenjara 96 tahun
19 Mei 2026, 4:37 pm

Anak bekas MB Perlis bebas tuduhan tuntutan palsu RM19,505
19 Mei 2026, 3:01 pm

Remaja mengaku salah perkosa bekas kekasih
19 Mei 2026, 2:38 pm

Ibu tunggal mengaku terlibat persundalan didenda RM2,000
19 Mei 2026, 12:17 pm

Suri rumah dituduh semula buat hantaran jelik hina Agong
19 Mei 2026, 11:20 am

Subahat rasuah, nasib Zizie Izette diketahui 20 Julai ini
18 Mei 2026, 12:25 pm

Guru tadika, suami didakwa aniaya anak saudara usia 10 tahun
17 Mei 2026, 1:03 pm

Pemandu mabuk rempuh ‘rider’ dituduh Isnin ini
16 Mei 2026, 11:45 am






