fbpx
BISKUT unik bercampur tebuan perisa dikenali dikenali sebagai Jibachi Senbei. – AGENSI

Biskut tebuan rasa ‘kismis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Biskut Jibachi Senbei pertama kali menjadi bualan pada pertengahan tahun 2010-an apabila ahli-ahli kelab tebuan digger(penggali) Omachi bekerjasama dengan pembuat roti tempatan untuk menghasilkan snek unik yang mempunyai pati serangga tersebut, lapor laman berita Oddity Central.

Tebuan mempunyai protein paling tinggi antara serangga yang boleh dimakan.

Untuk menghasilkan biskut tersebut, pemburu-pemburu tebuan kelab berkenaan meletakkan perangkap serangga di hutan. Mereka kemudian merebus dan mengeringkan tebuan yang ditangkap sebelum diberikan kepada pembuat roti dan biskut tempatan untuk menghasilkan biskut tebuan

Biskut itu sendiri mempunyai rasa sedikit manis, manakala rasa serangga di dalamnya pula adalah seperti kismis ‘hangit’.

Serangga yang digunakan pula tentunya tebuan penggali atau nama saintifiknya Vespula flaviceps. Serangga ini selamat untuk dimakan oleh manusia.

Biskut Jibachi Senbei boleh dibeli di pasar tempatan dan kedai makanan premium di bandar Omachi, wilayah Nagano.

Sejumlah pelancong dilaporkan melawat bandar itu untuk mencuba biskut unik tersebut selain menyaksikan panorama yang menarik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN