fbpx
SKUAD negara sentiasa memantau secara dekat prestasi yang dipamerkan Thailand yang dianggap pencabar utama pada saingan kali ini.

Malaysia mula ‘intai’ rahsia Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD sepak takraw negara mula memberi tumpuan penuh terhadap kekuatan Thailand menjelang aksi lebih mencabar dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2026 apabila barisan kejurulatihan mengakui lawan utama itu tampil dengan kombinasi pemain muda dan senior yang cukup seimbang.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, pemantauan terhadap corak permainan Thailand sudah dilakukan sejak hari pertama kejohanan bagi membolehkan pasukan negara melakukan persiapan lebih rapi.

“Kalau kita tengok barisan pemain Thailand, mereka memang mengadunkan pemain muda dan senior, mungkin ini proses terbaik untuk mereka membuat pemilihan bagi persiapan ke Sukan Asia,” katanya.

Menurutnya, bukan sahaja Thailand, malah beberapa pasukan lain turut menunjukkan peningkatan ketara sepanjang kejohanan kali ini terutama apabila turun tanpa tekanan selaku ‘underdog’.

“Kita memang dari hari pertama melihat sedikit sebanyak kekuatan pasukan Thailand dan pasukan-pasukan lain untuk membuat sedikit homework. Kita nampak semua pasukan lebih konsisten dan banyak peningkatan kerana mereka bermain sebagai underdog,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ahmad Jais mengakui status Malaysia selaku tuan rumah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pemain negara yang perlu segera menyesuaikan diri bagi mengelakkan mereka tampil gugup di gelanggang.

“Kita sebagai tuan rumah, memang ada sedikit tekanan. Itu yang perlu kita selesaikan cepat supaya mereka tidak kekok dan terus bersemangat untuk mempamerkan prestasi terbaik,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ahmad Jais menjelaskan Malaysia juga sedang melakukan proses penilaian terhadap pemain bagi memilih skuad terbaik menghadapi temasya Sukan Asia.

Katanya, pemain negara yang tidak beraksi dalam Piala Dunia nanti bakal diberikan peluang beraksi pada Kejohanan Piala Raja Thai sebagai platform terakhir sebelum senarai akhir 12 pemain ke Sukan Asia dimuktamadkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN