MANCHESTER – Bintang Manchester United, Bruno Fernandes berjaya menyamai rekod bantuan gol terbanyak semusim ketika bantu pasukannya menang 3-2 ke atas Nottingham Forest, sebentar tadi.
Fernandes kini berada sama tinggi dengan bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry dan Kevin De Bruyne (Manchester City) yang merekodkan 20 bantuan gol semusim.
Kejayaan kali ini menjadi penutup paling sempurna buat The Red Devils memandangkan ia adalah aksi terakhir di Old Trafford, musim ini.
Terdahulu, tuan rumah membuka perlawanan dengan positif apabila membuka jaringan awal menerusi Luke Shaw dan keduduan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa.
Hanya lapan minit selepas aksi bersambung, kedudukan kembali seimbang selepas Nottingham Forest memperoleh jaringan menerusi Morato namun Manchester United kembali di depan hasil ledakkan Matheus Cunha.
Minit ke-76, The Red Devils yang sudah pun mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan makin selesa, kali ini giliran Bryan Mbeumo mencipta nama selaku penjaring.
Dua minit selepas itu, Morgan Gibbs-White yang kembali perkuatkan pasukan menghasilkan gol kedua Nottingham Forest pada minit ke-78 namun ia sudah terlambat untuk mengesahkan tiga mata buat Manchester United. – KOSMO! ONLINE














