PETALING JAYA – Menjelang musim haji, sindiket penipuan aktif menawarkan iklan perkhidmatan badal haji di media sosial terutama Facebook pada harga serendah RM1,800 yang disifatkan tidak masuk akal. Sindiket penipuan dikesan menawarkan harga luar biasa murah tersebut untuk memikat mangsa yang berhasrat mahu melakukan upah haji bagi ahli keluarga mereka yang meninggal dunia, berbanding kos minimum sebenar sebanyak RM11,000. Di Ipoh, Perak, seorang eksekutif pemasaran kerugian kira-kira RM1,800 selepas terperdaya dengan iklan perkhidmatan badal haji yang ditawarkan sebuah agensi pelancongan.…














