fbpx
KESAN penghayatan watak, Fasha tidak boleh tidur malam selama dua hari.

‘Saya terperangkap dalam karakter, tak tidur 48 jam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha mengakui ‘kehilangannya’ selama beberapa hari dari gelanggang media sosial terutama Instagram (IG) berpunca daripada penghayatan melampau satu watak misteri.

Pada masa sama, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, juga mengakui tidak dapat tidur selama dua hari kesan watak terbabit.

“Saya terperangkap dalam karakter berat ini.

“Sebab itu diam beberapa hari tanpa InstaStory, memang gila.

“Tiada tidur 48 jam,” katanya dalam InstaStory.

Selain itu, pelakon drama Rampas Cintaku itu memaklumkan watak naskah terkininya sangat berat sehingga memerlukannya menjiwai dengan penuh emosi.

“Sedang memahami, perlahan-lahan tukar karakter daripada Ustazah Ayuni kepada Mariana.

“Cuba mendalami,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Fasha tidak memperincikan tajuk naskhah tersebut yang dipercayai terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Menerusi hantaran InstaStory yang lain, Fasha turut berkongsi satu babak sedang menangis sambil mendukung bayi.

Sebelum ini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Puteri Kembang Malam dengan memegang watak Ustazah Ayuni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN