MINAT mendalam terhadap dunia media sejak usia remaja menjadi pemangkin semangat buat Nur Husnina Zahra Hadri, 23, untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Hakikatnya, perjalanan akademik gadis yang mesra disapa Husnina itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia pernah mendapat keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan ketika di sekolah menengah. Bagaimanapun, gadis berasal dari Seri Kembangan, Selangor itu berjaya membuktikan bahawa kegagalan di bangku sekolah bukan penghalang untuk mencipta kejayaan lebih besar dalam kehidupan.……














