fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Kapit (Song).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di seluruh Labuan.

Amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN