fbpx
Seorang wanita maut dalam kejadian nahas di kilometer 224.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di Rembau pagi tadi.

Cuti dua sahabat berakhir tragedi, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Perjalanan pulang dua sahabat ke Johor selepas bercuti di dua lokasi pelancongan tanah tinggi berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 224.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.58 pagi itu, mangsa wanita berusia 23 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC  secara konvoi bersama seorang lagi rakan wanita dalam perjalanan ke Pontian.

Mereka dipercayai bercuti dan bermalam di Cameron Highlands dan Genting Highlands, Pahang sejak Rabu lalu.

Rakan si mati yang menunggang di belakang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian sebelum mendapati mangsa terbaring di atas jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, mangsa yang merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh di lorong kecemasan.

“‎Akibatnya mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN