fbpx
Anwar (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu pada Sesi pertemuan dan penyampaian surat setuju terima (SST) kepada kontraktor bumiputera di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

Tambahan peruntukan RM900 juta, bina 6,000 bilik darjah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan menambah peruntukan tambahan keseluruhan RM900 juta berbanding RM500 juta sebelum ini bagi pembinaan 6,000 bilik darjah baharu sekolah rendah di seluruh negara sebagai mekanisme memastikan keperluan ruang pembelajaran murid khususnya tahun satu dapat dipenuhi dengan sempurna.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tambahan peruntukan tersebut bersifat kritikal kerana Kementerian Pendidikan telah memaklumkan berlakunya peningkatan keperluan bilik darjah susulan pertambahan pendaftaran murid.

“Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kekurangan bilik darjah pada saat akhir yang boleh menjejaskan proses pembelajaran.

“Dalam Belanjawan 2026 sebelum ini kita umumkan RM400 juta untuk pembinaan 2,500 bilik darjah tambahan melibatkan lebih 800 sekolah.

“Namun, selepas penilaian semula dan unjuran semasa, kerajaan bersetuju menambah peruntukan daripada RM500 juta kepada RM900 juta untuk membina 6,000 bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapannya sempena Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Kementerian Pendidikan kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Dewan Serbaguna, Jabatan Pendidikan Perak di Ipoh, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN