fbpx
Ezad Lazim (kiri) bersama Zeana ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.

Ezad menangis di Masjidil Haram teringat dosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Penyanyi terkenal Ezad Lazim menepis dakwaan kononnya golongan selebriti mempunyai kemampuan kewangan dan mudah untuk menunaikan haji.

Menurut Ezad, perjalanan ke tanah suci bersama isterinya, Zeana Ramli adalah hasil pe­rancangan termasuk simpanan Tabung Haji (TH), permohonan dan rayuan yang dibuat sejak sekian lama serta kesedaran untuk menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

“Proses yang dilalui oleh selebriti atau artis tetap sama seperti jemaah lain termasuk menunggu giliran haji dan membuat simpanan. Ramai anggap bila jadi artis, senang dapat pergi haji sebab ada kemampuan. Hakikatnya, artis pun menabung dan melalui proses sama seperti orang lain.

“Bukan sekadar simpan dan tunggu, tetapi juga perlu buat rayuan dan ikut semua prosedur ditetapkan. Kita bukan istimewa. Cuma rezeki ma­sing-masing berbeza,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau turut berharap masyarakat lebih memahami realiti sebenar di sebalik perjalanan ke Tanah Suci, yang bukan sekadar soal status atau populariti, tetapi melibatkan kesungguhan dan keikhlasan memenuhi tuntutan ibadah.

Ujarnya, pengalaman menunaikan haji merupakan satu perjalanan rohani yang sangat bermakna dan tidak wajar dipandang ringan atau disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Ezad turut berkongsi penga­laman menyentuh hati sepanjang berada di Tanah Suci termasuk mengakui emosi mudah tersentuh apabila berada di sekitar Masjidil Haram, khususnya ketika berdoa.

“Kadang-kadang tak mampu tahan air mata. Bila tengok suasana, teringat dosa-dosa dan rasa terlalu dekat dengan ­Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Zeana berkata, perjalanan ke Tanah Suci bersama suami bukan sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya melalui proses panjang sejak beliau mula mendaftar Tabung Haji pada 2009, walaupun kesedaran awal telah wujud lebih awal.

Katanya, pengalaman pertama menunaikan umrah pada 2008 menjadi titik tolak kepada kesungguhan untuk menabung dan membuat persiapan lebih serius bagi menunggu giliran haji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN