fbpx
Gambar hiasan

Orang Sabah, Sarawak jaga-jaga, hujan lebat hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) serta Miri melibatkan Beluru, Telang Usan dan Marudi.

“Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka melibatkan Pedalaman iaitu Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat, Tawau, Sandakan serta Kudat,” katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Semenanjung melibatkan Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin selain Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN