fbpx
Khalid ibn Al-Walid ibn Al-Mughira Al-Makhzumi ialah seorang komander tentera Arab abad ke-7.

Lima jeneral terhebat dalam sejarah, No.1 panglima tentera Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEPERANGAN berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti peluasan kuasa dan pengaruh, mempertahankan diri serta mendapatkan sumber kekayaan

Di sebalik kekuatan pasukan tentera, ada susuk penting yang mengepalai peperangan tersebut iaitu dikenali sebagai jeneral.

Tugas jeneral sangat penting antaranya merancang strategi peperangan, memimpin tentera, menyusun kedudukan tentera dan membuat keputusan penting dengan cepat.

Oleh itu, sejarah dunia mengangkat insan hebat ini yang mengetuai peperangan serta menjadi insan penting dalam penguasaan wilayah.

Pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima jeneral yang paling hebat dalam lipatan sejarah dunia seperti dilaporkan oleh Historybytariq.

1. Khalid ibn Al-Walid – menang lebih 100 perang

Dilahirkan di Mekah sekitar 585 Masihi atau 592 Masihi, Khalid ibn Al-Walid ibn Al-Mughira Al-Makhzumi ialah seorang komander tentera Arab abad ke-7. Beliau pada mulanya mengetuai kempen menentang Nabi Muhammad SAW bagi pihak Quraisy.Dia kemudian memeluk agama Islam pada sekitar tahun 629 Masihi di hadapan Nabi Muhammad. Baginda melantiknya sebagai panglima tentera rasmi dalam kalangan umat Islam dan memberinya gelaran Sayf Allah (Pedang Allah).Sepanjang bergelar jeneral, Khalid memenangi lebih 100 peperangan. Beliau menabur bakti sebagai jeneral kepada Nabi Muhammad dan dua khalifah Rasyidin iaitu Abu Bakar dan Umar sebagai komander tentera Islam.

2. Napoleon Bonaparte – menang 55 perang

DI tangga kedua ialah Napoleon Bonaparte atau nama asalnya Napoleone di Buonaparte dilahirkan pada 15 Ogos 1769 dan meninggal pada 5 Mei 1821. Beliau diangkat sebagai Maharaja Perancis dari 18 Mei 1804 sehingga peletakan jawatan pada 1814. Napoleone memenangi 55 peperangan.
Ketika pemerintahannya, beliau menggunakan nama Napoleon I. Beliau menjadi terkenal sebagai jeneral semasa Revolusi Perancis dan mengetuai beberapa siri kempen ketenteraan di seluruh Eropah dan Timur Tengah semasa Perang Revolusi Perancis dan Napoleon. Sebagai seorang negarawan, beliau melaksanakan banyak pembaharuan undang-undang dan pentadbiran di Perancis serta Eropah.

3. Subutai Baghatur – menang 54 perang

Subutai Baghatur ialah jeneral Mongol dan ahli strategi ketenteraan utama Genghis Khan dan Ogedei Khan. Beliau memenangi 54 kali dalam peperangan. Subutai menakluki lebih banyak wilayah berbanding mana-mana komander lain sebagai sebahagian daripada perluasan Empayar Mongol, empayar terbesar dalam sejarah manusia. Subutai memperoleh kemenangan melalui strategi canggih dan pergerakan tentera yang diselaraskan secara rutin yang beroperasi ratusan kilometer antara satu sama lain.

4. Alexander Suvorov – menang 50 perang

Dilahirkan di Moscow, Suvorov merupakan seorang jeneral dan ahli teori tentera Rusia yang berkhidmat untuk Empayar Rusia. Beliau mempelajari sejarah ketenteraan sejak kecil dan menyertai Tentera Imperial Rusia pada usia 17 tahun.
Dinaikkan pangkat menjadi kolonel pada 1762 atas kejayaannya semasa Perang Tujuh Tahun, kemenangan semasa Perang Konfederasi Bar termasuk penaklukan Krakow dan kemenangan di Orzechowo, Lanckorona serta Stołowicze. Beliau memenangi 50 peperangan. Reputasinya semakin meningkat dalam Perang Rusia-Turki 1768–1774, beliau menawan Turtukaya dua kali dan memenangi kemenangan yang menentukan di Kozludzha.
Selepas beberapa siri kejayaan, beliau dinaikkan pangkat menjadi jeneral dan mengetuai pasukan Rusia dalam Perang Rusia-Turkiye 1787–1792, mengambil bahagian dalam pengepungan Ochakov, serta kemenangan di Kinburn dan Focșani.

5. Tamerlane (Timur) – menang 35 perang

KELIMA dalam senarai jeneral paling hebat dalam sejarah ialah Timur atau lebih dikenali sebagai Tamerlane. Beliau merupakan seorang penakluk Turco-Mongol, pemerintah pertama dinasti Timurid dan pengasas Empayar Timurid yang memerintah Afghanistan, Iran dan Asia Tengah moden.
Tamerlane juga pemimpin tentera dan ahli taktik terhebat dalam sejarah. Beliau memenangi 35 peperangan.
Beliau turut dianggap sebagai penaung seni yang disegani kerana berinteraksi dengan para sarjana dan penyair seperti Ibn Khaldun, Hafez dan dan Hafiz-i Abru. Pemerintahannya membawa kepada Zaman Pembaharuan Timurid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN