fbpx
Ahmad Zahid (dua dari kiri) beramah mesra bersama pelajar pada Jelajah  AIM TVET peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

Kerajaan akan memperkenal TVET 2.0 tumpu bidang animasi, AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan akan memperkenalkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2.0 ekoran kejayaan dilakar program tersebut selama ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET 2.0 akan memberikan tumpuan kepada kurikulum atau mata pelajaran yang disifatkan sebagai ‘high TVET’.

“Ertinya kita di samping mengekalkan kursus-kursus tradisional yang ada kita akan menambahkuatkan dalam bidang robotik, internet of things (IoT), kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui serta bidang-bidang lain yang sangat diperlukan oleh pasaran.

“Di dalam hal ini, kita sedang melihat juga di mana peluang lebih luas diberikan kepada pekerja-pekerja gig terutama penghantar barangan dan makanan serta pekerja-pekerja dalam industri perfileman serta industri sokongan yang lain termasuk seni dan kebudayaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Kemahiran AIM TVET Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru di sini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan turut memberi tumpuan kepada bidang animasi kerana banyak syarikat animasi di peringkat dunia telah memberikan kerja-kerja subkontrak kepada Malaysia.

“Namun terdapat kekurangan daripada segi animasi ini dan kita harap dengan TVET 2.0 ini lebih ramai lagi akan menceburi dalam bidang ini, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang laluan para pelajar maahad tahfiz ke universiti awam, beliau berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk melihat golongan tersebut tampil sebagai kumpulan profesional seperti jurutera, doktor, akauntan dan arkitek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN